Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mendakwa surau Stadium Perak di Ipoh pada pertandingan Liga Super Perak menentang Terengganu Sabtu lalu dikunci pihak pengurusan stadium tersebut.

Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa, perbuatan tersebut menyebabkan penyokong kedua-dua pasukan sukar untuk menunaikan solat Maghrib pada hari perlawanan.

“Kami juga dimaklumkan bilik air di Stadium Perak terlalu kotor. Malah keadaan tempat duduk juga masih tidak dibersihkan setelah selesai perlawanan sebelumnya.

“Kami malu dengan perkara ini dan menganggap ia suatu perkara yang sensitif. Kami mendesak pihak bertanggungjawab menjelaskan perkara tersebut,” dakwanya melalui satu kenyataan media semalam.

Raja Ahmad mendakwa, satu tindakan drastik perlu diambil untuk menangani persepsi buruk kepada rakyat Perak tersebut.

Beliau turut meminta Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) segera menyelaraskan kerja-kerja untuk menangani isu tersebut.

“PAFA dan MBI perlu menjaga sensitiviti tentang tempat solat dengan menyediakan lokasi yang sesuai

“Kami malu kerana hal in disebarkan melalui media sosial,” dakwanya.

0 comments:

Post a Comment