Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 3, 2014

No Comment
Kesemua 52 penumpang dipindahkan secara berperingkat ketika operasi menyelamat, semalam.

CANBERRA - AUSTRALIA. Usaha menyelamatkan 52 penumpang kapal yang terkandas di Antartika sejak 25 Disember lalu dapat dilakukan dengan menggunakan helikopter selepas usaha terdahulu gagal.

Jurucakap pihak berkuasa maritim, John Young berkata kepada CNN, mereka dipindahkan secara berperingkat ke kapal pemecah ais sebelum dibawa keluar dari perairan Antartika.

"Pada mulanya, misi menyelamat menggunakan helikopter dan tongkang terpaksa ditangguhkan kerana berlaku perubahan ais," katanya.

Bagaimanapun, rakaman video dimuat naik seorang profesor dalam kumpulan penumpang itu menunjukkan helikopter tetap akan digunakan dan ia mendarat berhampiran kapal MV Akademik Shokalskiy.

Sementara itu, 22 krew kapal Rusia akan kekal berada di kapal sehingga ais mencair.

"Kapal terbabit mempunyai bekalan makanan mencukupi untuk tempoh lama," menurut Young lagi.

Minggu lalu, usaha kapal pemecah ais China, Xue Long untuk menyelamatkan puluhan pelancong dan saintis tersebut dilaporkan gagal berikutan lapisan ais terlalu tebal.

0 comments:

Post a Comment