Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 8, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Di samping mengalu-alukan langkah kerajaan tidak membenarkan restoran makanan segera mengambil pekerja asing, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyarankan supaya dasar itu diperluaskan untuk meliputi lebih banyak sektor ekonomi.

Timbalan Setiausaha Agungnya, A Balasubramaniam, berkata ini perlu untuk memastikan tenaga kerja asing di negara ini dikurangkan jumlahnya untuk memberikan lebih peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang keputusan Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Haram semalam, untuk melarang warga asing daripada pekerja di restoran-restoran makanan segera.

Balasubramaniam memberitahu Bernama, pada masa ini ada kira-kira 2.8 juta pekerja asing berdaftar iaitu bersamaan dengan 30 peratus keseluruhan tenaga pekerja di negara ini.

Beliau menegaskan bahawa dengan pergantungan yang begitu tinggi kepada pekerja asing, ekonomi Malaysia berada pada kedudukan yang berisiko dan sukar bagi negara ini untuk mencapai status negara maju.

Katanya, tenaga kerja asing yang begitu besar juga menjejaskan kadar upah keseluruhan dalam industri tempatan kerana pekerja asing sanggup bekerja bagi gaji yang lebih rendah. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment