Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

Media sosial jika tidak digunakan dengan betul maka ia boleh menjadi punca perbalahan besar.

Masalahnya, sekarang ini makin ramai pula yang tak cerdik apabila berkongsi status menghina pihak lain di Facebook atau Twitter.

BACA: Padah Status Facebook Kutuk Orang Terengganu.

Mungkin bila dah kena kecam, kena kutuk dan diugut secara berjemaah, masa itu baru nak faham betapa besarnya kuasa media sosial pada hari ini agaknya.

Sebagai contoh, seorang pengguna Facebook yang bertindak menghina orang Sabah sesedap rasa mulutnya baru-baru ini hingga menimbulkan kemarahan ramai rakyat Sabah.

Apabila mengetahui banyak pihak marah pada dirinya, pengguna Facebook ini meminta maaf dan menyatakan dia cuma bergurau.

Namun, tindakan maafnya itu dikira sudah terlambat kerana page Anti Zef Fithry sudah pun diwujudkan dan pada masa singkat, mengumpul ribuan pengikut.




Aduan turut dibuat terhadap pengguna Facebook terbabit di laman Facebook Perdana Menteri Malaysia dan SKMM.


Betullah kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata buruk padahnya.

Dengan segala kecaman yang diterima, diharapkan pengguna Facebook yang terlibat menghina Sabah dan lain-lain pihak yang ingin melakukan perkara serupa berfikir banyak kali sebelum memuatnaik sebarang status di media sosial selepas ini.

Tindakan sebegini bukan sahaja tidak baik malah ia boleh menimbulkan pergeseran dalam masyarakat.

Bagi pihak yang dikutuk pula, diharapkan menerima maaf diberikan. Tapi jika dah tak tahan marah sangat, ingatlah negara kita mempunyai saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah.  - REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment