Pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki telah mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang pengarahan selepas ini.
Ini kerana, Afdlin mengatakan dia sudah tiada hati lagi untuk menghasilkan filem tempatan selepas kutipan filem terbarunya, Papadom 2 tidak berjaya membawa pulangan yang menguntungkan.
“Saya menyimpan Papadom 2, hampir dua tahun dan sebelum ini, saya teragak-agak untuk menghasilkan filem lagi setelah melihat masalah sambutan penonton terhadap karya tempatan.
“Ini adalah pelaburan saya yang tidak balik modal dan paling menghampakan,” ujarnya yang dipetik menerusi portal Murai.
Rugi rasanya kalau Afdlin bersara, kerana ada juga filem-filem arahannya sangat berkualiti dan mempunyai nilai-nilai seninya yang tersendiri.
Tak gitu?
0 comments:
Post a Comment