KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 6,000 liter minyak petrol bersubsidi yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran melalui perairan kampung Pengaraban, Kudat, di Sabah, semalam.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Madun berkata, dalam Op Paradise itu polis juga menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan.
“Kami turut merampas sebuah bot, empat buah enjin pam dan 30 tong berisi minyak petrol bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM43,800,” kata Mohamad dalam kenyataannya di laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.
Beliau berkata operasi yang dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA) turut menahan seorang lelaki warga asing yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment