Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014


Nampaknya tidak perlu masa yang terlalu lama untuk merungkai ‘misteri’ di sebalik peletakan jawatan secara tiba-tiba anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh.

Sebagaimana ramalan semua orang, tindakan itu dibuat bagi membolehkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada pilihan raya kecil akan datang.

Perkara ini disahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media sebentar tadi. Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir adalah Lim Kit Siang mewakili DAP dan Hatta Ramli serta Salahuddin Ayub mewakili PAS.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali juga hadir pada sidang media itu tetapi menugggu di luar bilik sidang media dan enggan bercakap dengan pemberita apabila ditemui.

Dalam erti kata mudah, hampir pasti laluan menjadi Menteri Besar Selangor kini dibuka kepada Anwar yang kemungkinan besar pasti menang apabila bertanding di kubu kuat PKR tersebut pada pilihanraya kecil yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Begitu pun selagi keputusan pilihanraya tidak diketahui, Khalid Ibrahim kekal menjawat jawatan MB Selangor.

0 comments:

Post a Comment