Kain rentang dipercayai berniat untuk membangkitkan ketegangan antara kaum didapati dipasang sekitar gereja Pulau Pinang, antaranya gereja Katolik St John Britto, George Town dan Church of the Nativity of the Blessed Mary, Butterworth.
Dalam erti kata lain, kain rentang bertulis ‘Allah is Great, Jesus is the son of Allah’ seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada kejadian awal pagi semalam, di mana gereja Church of the Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang dibaling dengan bom buatan sendiri, Molotov cocktails gara-gara kain rentang kontroversi kalimah Allah tersebut.
Susulan itu, Ketua Polis Pulau Pinang SDCP Datuk Abdul Rahim dikatakan memberi jaminan bahawa rondaan kini dipertingkatkan di sekitar gereja.
Apa pun, diharapkan pihak yang didapati bertanggung jawab jika dapat ditangkap harus dihukum sekeras-kerasnya kerana cuba menimbulkan suasana tidak aman dalam masyarakat, selain menghina undang-undang yang menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Dikhuatiri, pihak ini sebenarnya merupakan pihak yang cuba menangguk di air keruh dan ingin melihat perbalahan antara kaum berlaku. – REM RAMZI
0 comments:
Post a Comment