Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment
Polis berkawal di perkarangan Gereja Church of Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang selepas dibaling bom molotov cocktail, dua hari lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 29 Januari, 2014.

Putrajaya membiarkan ketegangan kaum dan agama berlaku dalam negara, kata Datuk Ambiga Sreenevasan dan menyalahkan perdana menteri kerana tidak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyebar kebencian di kalangan rakyat Malaysia.

Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mempunyai kuasa untuk menghentikan peningkatan ketegangan.

“Keadaan di antara kaum dibiarkan oleh pemimpin. Itulah kesimpulan saya kerana apa yang saya tahu, anda boleh hentikannya dan jika tidak, anda memang mahu membiarkannya,” katanya dalam satu forum anjuran DAP di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ambiga yang meminta rakyat Malaysia supaya bertenang selepas ketegangan meningkat berkata, perdana menteri seharusnya mengambil tindakan lebih tegas dengan memberi amaran tindakan keras menggunakan undang-undang kepada mereka yang cuba membangkitkan ketegangan kaum dan agama.

Bekas pengerusi Majlis Peguam itu berkata, Naijib dan kerajaannya seharusnya tidak berkompromi terhadap mereka yang membangkitkan kemarahan kaum dan kebencian.

“Itu yang beliau harus katakan berbanding meminta orang ramai ‘bertenang’,” katanya.

Peguam kanan itu berkata, beliau bimbang kerana kerajaan kurang tegas dalam berurusan dengan mereka yang membangkitkan ketegangan kaum dan agama dan ini menyebabkan kumpulan tidak bertanggungjawab tersebut semakin berani.

“Kumpulan ini menjadi semakin berani kerana mereka tahu mereka kebal daripada undang-undang, mereka boleh kata atau lakukan apa sahaja dan tiada sesiapa boleh sentuh mereka.

“Itu yang saya bimbangkan dan ini dilakukan oleh kepimpinan negara,” kata Ambiga di hadapan kira-kira 50 orang di ibu pejabat DAP.

Sehubungan itu, katanya, beliau mengalu-alukan cadangan Pakatan Rakyat untuk berdialog dengan Barisan Nasional bagi meredakan ketegangan dan jika rundingan tersebut gagal, pakatan pembangkang itu boleh mengadakan sidang khas dan meminta orang ramai memberikan pandangan.

“Biar mereka menetapkan agenda untuk negara dan menunjukkan kepimpinan kerana kita tidak dipimpin sekarang ini dan seseorang harus melakukannya,” katanya.

Katanya, tiada apa yang merugikan ika kerajaan menerima tawaran tersebut dan ia akan menunjukkan terdapat kepimpinan dalam negara.

“Tiada apa yang perlu ditakutkan, tidak salah untuk berbincang dan mendengar, itu menunjukkan anda seorang pemimpin berjiwa besar,” katanya.

Ambiga menyeru rakyat Malaysia untuk menetapkan pendirian dan memberitahu kerajaan Najib “dengan tegas” bahawa mereka tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindakan provokatif.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir dalam forum malam tadi mengakui beliau takut tragedi berdarah 13 Mei berulang disebabkan pengalaman yang pernah beliau alami.

“Semua orang akan menderita jika negara huru-hara. Jadi, memang saya takut 13 Mei berulang dan saya tidak malu untuk mengakuinya,” katanya.

Ketegangan timbul apabila perkarangan gereja Church of the Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang dilempar dua Molotov cocktails dua hari lalu.

Satu daripadanya meletup dan satu lagi terjatuh ke rumput dan tidak meletup dalam insiden pagi Isnin itu. Siasatan awal polis mendapati dua lelaki menaiki motorsikal melakukan jenayah tersebut.

Sehari sebelum itu, sepanduk misteri dengan tulisan, "Allah Maha Besar, Jesus anak kepada Allah" digantung di luar lima gereja di Pulau Pinang - gereja Victory Lutheran, gereja St John Britto Catholic, gereja Church of the Immaculate Conception dan gereja Church of the Assumption dan Church of the Nativity of the Blessed Virgin Mary di Butterworth.

Gereja tersebut menafikan mereka menaikkan sepanduk tersebut dan sudah membuat laporan polis berhubung perkara ini.

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Arab Allah sebagai rujukan kepada tuhan, 10 gereja dan beberapa masjid diserang atau dirosakkan di seluruh negara.

Tiga gereja di Kuala Lumpur juga pada ketika itu diserang bom molotov cocktail. – 29 Januari, 2014.

0 comments:

Post a Comment