Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 2, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Kerajaan China mengeluarkan surat kelulusan untuk Malaysia mengeksport sarang burung walit mentah bersih kepada negara itu berkuat kuasa semalam.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, surat kelulusan itu diterima oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) melalui e-mel pada 25 Disember lepas.

“Jadi, saya minta kepada pengusaha yang sudah menunggu selama dua tahun setengah untuk mengeksport, ini merupakan berita gembira dan mereka boleh mula mengeksport,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Setakat ini sebanyak lapan syarikat memproses sarang burung walit akan memulakan pengeksportan itu selepas lulus prosedur Pentadbiran Pensijilan dan Akreditasi (CNCA) dan Pentadbiran Pemantauan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin (AQSIQ), katanya.

“Sebelum mengeksport, pengusaha hanya memerlukan sijil daripada JPV dan Jabatan Kesihatan yang akan dikeluarkan selepas seminggu tarikh permohonan dibuat,” kata beliau.

Isu sekatan eksport sarang burung walit dari Malaysia ke China timbul apabila terdapat laporan negatif media negara itu mengenai kualiti sarang burung walit yang diimport dari Malaysia.

Selain lapan syarikat berkenaan, pengusaha lain juga diminta membuat permohonan mengeksport sarang burung walit.

“Ada 13 lagi permohonan baharu yang menepati syarat, termasuk di Sarawak dan Sabah. Mereka juga perlu memenuhi syarat yang sama iaitu pihak negara China akan datang mengadakan lawatan ke premis-premis berkaitan kerana mereka mahu loji yang memproses itu benar-benar memenuhi piawaian,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut memberi amaran kepada para pengusaha supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelak kelulusan eksport itu dibatalkan.

“Jangan ada dalam kalangan orang kita yang cuba nak bawa sarang burung dari Indonesia dan Thailand dan kemudiannya membungkus semula dan hantar ke China. Kalau mereka batalkan, kita semua jadi mangsa,” katanya.

Mengenai eksport sarang burung walit yang belum diproses, Ismail Sabri berkata kedua-dua pihak belum membuat perbincangan secara serius mengenai perkara itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment