Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 7, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Serbuan dan rampasan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Persatuan Bible Malaysia tidak salah kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) jabatan, kata Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Sallehin Mukhyi.

“Ia selaras dengan prosedur operasi standard semasa Jais tetapi kita akan membuat beberapa perubahan terhadapnya,” kata Sallehin .

Ahli Dewan Undangan (Adun) PAS itu berkata demikian kepada media selepas mesyuarat dua jam dengan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew di sini Selasa.

Turut hadir mesyuarat itu ialah Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Adun Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar.

Sallehin juga berkata kerajaan negeri berada sepenuhnya di belakang titah Sultan Selangor yang melarang orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah.

Tambahnya Selangor akan mengambil pelbagai langkah seperti mewujudkan platform bagi mengadakan dialog antara agama untuk menyelesaikan isu-isu agama berkaitan secara baik.

Dalam sidang akhbar yang sama, Lawrance berkata kenyataannya mengenai kalimah Allah berkisar kepada Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kebebasan beragama.

“Setiap agama mempunyai hak untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri. Agama lain tidak boleh masuk campur dan memberitahu satu lagi agama apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Charles berkata, Bible disita oleh Jais telah diluluskan dan dicop oleh Kementerian Dalam Negeri. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment