Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 8, 2014

No Comment

Jawa Timur – Seorang lelaki, Slamet, 59, sama sekali tidak menyangka bahawa tindakannya membuang tumor di bahagian pinggang kira-kira 23 tahun lalu, telah menyebabkan kehidupannya berubah.

Ini kerana enam bulan selepas pembedahan itu dijalankan, tumor mula membentuk di seluruh badan termasuk wajahnya.

Setahun selepas itu, seluruh badannya dilitupi dengan tumor berkenaan hinggakan dia sukar dikenali oleh orang ramai.

Keadaan itu menyebabkan Slamet tidak mampu bekerja dan bergantung hidup dengan bantuan orang ramai.

Slamet dipercayai menghidap penyakit neurofibromatosis iaitu sejenis penyakit genetik hingga menyebabkan ketumbuhan yang tidak terkawal di sepanjang saraf.

Sejak akhir-akhir ini, ketumbuhan tersebut mula menutup lubang hidungnya menyebabkan Slamet sukar untuk bernafas.

Bagi membantu Slamet mendapatkan rawatan untuk membuang tumor itu, jirannya Magetan telah membuka akaun facebook bagi mencari wang membiayai pembedahan itu.

0 comments:

Post a Comment