Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 21, 2014

No Comment

Seorang eksekutif pemasaran, Ng Chee Keong, 44, dikenakan hukuman selama dua bulan penjara selepas didapati bersalah merakam beberapa video wanita di stesen MRT Raffles Place, Singapura.

Ng yang menghadapi 20 pertuduhan mengganggu privasi wanita mengaku bersalah di atas semua pertuduhan tersebut, lapor The Straits Times.

Mengikut fakta kes, kesalahan yang dilakukan Ng sehingga menyebabkan dirinya tertangkap berlaku pada 25 Mei 2012, di mana sepasang suami isteri bersama anak perempuannya sedang menaiki eskalator dan secara tiba-tiba Ng ingin merakam video di bawah skirt yang dipakai oleh si mangsa.

Dia menyorokkan telefon bimbitnya yang tersedia dalam mood merakam di belakang surat khabar yagn dipegangnya.

Ng kemudiannya mara ke hadapan dan merakam video sehingga menampakkan seluar dalam yang dipakai mangsa.

Bapa mangsa yang curiga dengan perbuatan Ng, terus merampas surat khabar yang dipegangnya sehingga tercampak telefon bimbit Ng dari tangannya.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment