Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 21, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat empat pelajar Jepun dari institut teknologi, Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), yang beroperasi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Mereka dibawa Duta UTM dan MJIIT Prof. Masahiko Horie dan Dekan MJIIT Prof. Datin Dr Rubiyah Yusof.

Najib meluangkan masa di pejabatnya berbincang dengan pelajar-pelajar itu mengenai pengajian mereka, kemudahan dan suasana kampus serta cara hidup di Malaysia.

Pelajar berkenaan ialah Hiroki Shibasaki (pelajar Phd dalam bidang Kejuruteraan Elektrik); Ayaka Kobatake (sarjana dalam Pengurusan Teknologi); Shunsuke Watanabe (sarjana dalam Kejuruteraan Persis) dan Satoshi Nomoto (ijazah pertama Kejuruteraan Sistem Elektronik).

MJIIT yang terletak di UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur dilancarkan Najib pada 1 Jun 2012 dan sebelum ini dikenali sebagai Malaysia Japan International Institute of Technology (MJIUT). Ia diwujudkan di bawah perjanjian kerajaan Malaysia-Jepun pada Mei 2010.

Horie menjelaskan kemudian bahawa institut itu ditubuhkan atas inisiatif kerajaan Malaysia dan Jepun dengan kerjasama rapat universiti serta industri Jepun.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib amat baik hati menyambut dan menerima empat pelajar Jepun ini. Saya sangat gembira membawa keempat-empat mereka hari ini dan saya akan bawa 40 atau 400 pelajar lagi lain kali.

“Malah perdana menteri pergi ke Jepun Disember lepas dan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya Shinzo Abe yang antara lain menyentuh pembangunan MJIIT,” katanya.

Menurut Horie, Shinzo Abe bersetuju bekerjasama untuk menyokong pembangunan MJIIT dengan berikrar menyediakan peruntukan sebanyak USD 1 juta bagi mempelawa kemasukan 25 pelajar dari negara-negara Asean melanjutkan pengajian sarjana mereka di MJIIT.

Mereka akan memulakan pengajian pada September 2014 dengan bantuan biasiswa dan fellowship. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment