Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 21, 2014

No Comment

BIASANYA individu yang sudah boleh berceramah dan memberikan ucapan di sana sini berkaitan Islam mempunyai cukup ilmu berkaitan agama itu lebih-lebih lagi jika sudah boleh menyampaikan khutbah ketika solat Jumaat di masjid.

Dalam satu sesi Dialog Bersama Anak Muda Selangor semalam, Anwar dalam sesi itu menyatakan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib sebagai khalifah Islam pertama yang nyata tersilap atau salah.

Khalifah pemimpin Islam pertama selepas kewafatan baginda Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W ialah Saidini Abu Bakr as-Siddiq sebelum itu diambil alih oleh Saidina Umar.

Saidina Ali merupakan Khalifah keempat selepas Saidina Uthman menjadi khalifah.

“Anda tahu Saidina Ali bin Abi Talib? Saidina Ali.. The first Caliph (Khalifah pertama),” kata Anwar yang jelas salah dalam majlis itu.

Kesilapan itu kini tersebar di laman media sosial terutamanya laman YouTube menggambarkan ia sebagai satu kesilapan yang besar kerana itu adalah antara pengetahuan asas sebagai seorang Islam lebih-lebih lagi sebagai seorang bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Itu belum lagi jika Anwar bergerak sekitar Selangor khususnya di Kajang khususnya di masjid dan surau memberikan tazkirah, menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang 23 Mac depan.

Dengar khabarnya, Anwar tidak memiliki tauliah memberi ajaran agama daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Tidak diketahui apa lagi kenyataan atau kata-kata Anwar dalam sebarang ceramahnya yang mungkin salah dari segi fakta ataupun sejarah khususnya berkaitan Islam. – IBNU K

0 comments:

Post a Comment