Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 20, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Presiden Filipina Benigno S Aquino III akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula 27 Februari ini bagi mengukuhkan lagi hubungan erat antara kedua-dua negara dalam pelbagai sektor.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata ini kali pertama Aquino mengadakan lawatan ke negara ini.

Beliau dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan dirai dalam jamuan negara di Istana Negara, kata kenyataan itu.

Aquino yang juga anak kepada bekas Presiden Carazon Aquino, dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan isu dua hala selain mencari ruang mempertingkat kerjasama antara kedua-dua negara.

Pemimpin kedua-dua negara juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai manfaat kepada Malaysia dan Filipina.

Menurut kenyataan itu hubungan dua hala dan kerjasama antara Malaysia dan Filipina adalah baik dan mesra dengan jumlah dagangan antara kedua-dua negara bernilai sekitar AS$4.1 bilion (RM13.46 bilion) bagi tempoh Januari hingga November tahun lalu.

Daripada jumlah itu, eksport Malaysia bernilai AS$2.7 bilion (RM8.86 bilion) manakala nilai import pula AS$1.3 bilion (RM4.27 bilion).

Nilai dagangan dua hala bagi tempoh 2011 hingga Oktober tahun lalu pula sekitar AS$17.8 bilion (RM58.8 bilion). – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment