Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 20, 2014

No Comment

Kulim – Seorang pengawal keselamatan berusia 34 tahun cedera parah selepas ditembak oleh dua lelaki berhampiran lampu isyarat di Padang Meha, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika mangsa membonceng motosikal ditunggang rakannya, seorang wanita berusia 21 tahun, sebelum dua lelaki tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

Mangsa yang cedera pada kepala dan badan dibawa ke Hospital Kulim dengan ambulans untuk menerima rawatan.

Sumber polis ketika ditemui di tempat kejadian mengesahkan sekurang-kurangnya empat das tembakan dilepaskan.

Motif kejadian bagaimanapun masih disiasat. – BH Online

0 comments:

Post a Comment