Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 8, 2014

No Comment

Berlin – Sebuah syarikat insurans berpengkalan di Jerman, Munich Re berkata kira-kira 20,000 orang maut dalam bencana alam tahun lalu.

Jumlah tersebut dikatakan dua kali ganda daripada tahun 2012.

Rekod kematian tertinggi dicatat melibatkan tragedi Taufan Haiyan yang membadai Filipina, Vietnam dan China pada November lalu apabila tragedi itu meragut hampir 6,100 nyawa.

Ia diikuti dengan banjir besar yang melanda India apabila kira-kira 5,500 tergadai pada Jun tahun lalu.

Namun, laporan bencana tahunan Munich Re yang dikeluarkan pada Selasa menunjukkan kos ekonomi bencana alam tahun lalu jauh lebih rendah.

Sebanyak 880 bencana yang berlaku hanya melibatkan kos $125 billion dengan kerugian yang diinsuranskan adalah sebanyak $31 billion.

Jumlah tersebut berbeza dengan tahun 2012 di mana kos bencana adalah sebanyak $173 billion dengan kerugian yang diinsuranskan adalah sebanyak $65 billion.

Bencana alam paling mahal direkodkan adalah ribut hujan batu musim panas di Jerman, banjir di Eropah Tengah dan ribut puting beliung di Amerika Syarikat.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: AP

0 comments:

Post a Comment