Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 8, 2014

No Comment

Kini ada satu cara buat golongan muda untuk membeli-belah barangan runcit di pasaraya dengan lebih seronok!

Mana tidaknya, gambar pelakon terkemuka Hollywood, Zac Efron yang dilihat menunggang ‘skateboard’ di dalam sebuah pasaraya di Los Feliz, California pada Isnin kini menjadi viral di laman-laman sosial.

Pelakon tampan berusia 26 tahun itu kelihatan meluncur laju sambil membawa bakul membeli-belah.

Efron dikatakan seperti ‘pro’ mengendalikan skateboard beliau sambil memilih barangan yang dikehendakinya.

Berpakaian ala ‘hipster skater boy’, bekas bintang High School Musical itu mengenakan baju denim berbutang atas, seluar jeans, kasut TOMS kelabu, topi knit hitam serta bercermin mata gelap.


Efron yang dikatakan mengalami kecederaan pada November lalu nampaknya semakin pulih setelah mengalami masalah rahang yang memaksa dia mengenakan penutup rahang berwayar.

Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan menjalani rawatan pemulihan rahsia ‘top-secret rehab’ pada musim bunga yang lalu.

Nampaknya gaya ala hipster kini menjadi trend pilihan golongan lelaki muda di mana ia kelihatan lebih tampan dan seksi…

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: US Magazine

0 comments:

Post a Comment