Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

BANGALORE – India memutuskan untuk menghapus sekatan ke atas penerbangan A-380 ke India, kata Menteri Penerbangan Awam Ajit Singh.

Kini penerbangan A-380 ke India cuma dibenarkan ke lapangan terbang yang mempunyai kelengkapan untuk mengendalikan mereka,” katanya.

Hanya Delhi, Mumbai, Hyderabad dan Bangalore, setakat ini memiliki kemudahan untuk operasi A-380. Keputusan itu diambil selepas rundingan dengan Ketua Direktorat Penerbangan Awam (DGCA), Air India dan Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India.

Operasi pesawat A-380 akan tertakluk kepada hak menyeluruh trafik dalam perjanjian perkhidmatan udara dua hala (ASA) dengan pelbagai negara, katanya dalam satu kenyataan.

Ia juga diputuskan, jika hak tidak dinyatakan dalam bentuk tempat duduk bagi setiap minggu, keadaan sama perlu dirasionalisasikan dan ditukar kepada tempat duduk dalam seminggu sebelum membenarkan operasi A-380 ke India dari negara terbabit.

“Jika ada ASA secara khusus melarang operasi A-380 ke India, perkara yang sama perlu dipinda sebelum operasi A-380 dari negara berkenaan
dibenarkan.

“Rasionalisasi hak trafik daripada perkhidmatan setiap minggu kepada tempat duduk setiap minggu perlu dilakukan melalui rundingan berdasarkan memorandum persefahaman,” kata kenyataan itu.

Sebelum operasi A-380 dibenarkan, semua lapangan terbang perlu mendapatkan perakuan DGCA dan mengadakan persediaan secukupnya dari segi pelbagai perkhidmatan diperlukan, katanya.

Operasi A-380 akan membantu lapangan terbang meningkatkan pendapatan, menawarkan perjalanan lebih selesa dan mewah kepada penumpang, meliberalisasikan penerbangan awam India dan melonjakkan imej penerbangan awam India di pasaran antarabangsa.

Berdasarkan maklumat, Singapore Airlines, Emirates dan Luftansa berminat untuk mengendali pesawat A-380 di India bagi pelbagai laluan antarabangsa. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment