Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendedahkan bahawa mereka tidak menolak kemungkinan akan bertanding di Kajang selepas perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh, semalam.

Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan berkata bahawa terdapat banyak pihak yang mencadangkan supaya parti tersebut bertanding dalam pilihanraya kecil Kajang untuk “mengajar PKR”.

Beliau berkata,”dalam tempoh 24 jam, kami banyak menerima panggilan telefon terutamanya daripada pengundi muda dan NGO mencadangkan agar parti ini bertanding dalam pilihanraya kecil Kajang untuk mengajar PKR”.

“PSM akan merujuk semula semua maklum balas yang diterima dan membuat keputusan bersama ahli parti. Buat masa ini, kami tidak mengenepikan sebarang kemungkinan,” tambah beliau lagi.

Hari ini, PKR telah membuat pengumuman bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding untuk kerusi Kajang yang dilihat sebagai cubaan beliau untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. – The Star

0 comments:

Post a Comment