Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 8, 2014

No Comment

Pengurus Manchester United, David Moyes menjadikan pengadil, Andre Marriner sebagai alasan skuad kendaliannya itu tewas buat kali ketiga berturut-turut sejak permulaan tahun 2014 ini apabila tunduk 2-1 kepada Sunderland pada separuh akhir pertama Piala Liga di tempat lawan, awal pagi tadi.

Moyes bengang kerana pengadil itu memberikan sepakan penalti untuk gol kemenangan Sunderland selepas Adam Johnson dijatuhkan Tom Cleverley sedangkan menurutnya insiden itu lebih kurang apa yang berlaku ketika pemainnya, Adnan Janujaz dilayangkan kad kuning ketika bertemu Tottenham kerana dikatakan sengaja merebahkan badan.

“Pemain saya dilayangkan kad kuning pula ketika dijatuhkan dalam keadaan sama seperti ini ketika bertemu Tottenham. Adakah kita berbicara mengenai pengadil sekali lagi? Nampak seperti kami perlu menentang mereka (pengadil) sama seperti kami menentang pasukan lawan.

“Ia sesuatu yang berat untuk dihadapi. Kami sebenarnya mula mentertawakan tindakan mereka (pengadil). Itu sebenarnya yang berlaku,” kata Moyes.

Bekas pengendali Everton itu seolah mahu menutup tekanan memuncak yang dialaminya ketika ini apabila mengambil pendekatan memuji para penyokong United yang sanggup hadir memberi sokongan tidak berbelah bagi terhadap pasukannya itu.

“Penyokong kami cukup menakjubkan pada perlawanan ini. Sokongan yang diberikan mereka cukup hebat. Pemain wajar menerima sokongan seperti itu kerana mereka sudah melakukan yang terbaik. Ini aksi timbal balik dan saya yakin kami mampu bangkit di laman sendiri pada separuh akhir kedua nanti,” jelas Moyes.

0 comments:

Post a Comment