Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 8, 2014

No Comment

CARACAS (Venezuela) – Bekas Ratu Venezuela dan bekas suaminya ditembak mati manakala anak perempuannya berusia lima tahun cedera selepas bergelut dengan perompak di lebuh raya di sini, kata polis hari ini.

Pembunuhan Monica Spear, 29, dan lelaki warga Britain, 39, adalah kes jenayah berprofil tinggi terbaru di negara itu di mana pembunuhan adalah perkara biasa dalam rompakan bersenjata dengan penculikan berleluasa di kalangan duta asing dan pemain besbol profesional.

Spear dan Berry dibunuh pada kira-kira jam 10.30 malam, Isnin lalu ketika dalam perjalanan dari Puerto Cabello dan menuju ke pelabuhan utama di wilayah Valencia. Mereka dalam perjalanan pulang selepas bercuti di Caracas. – AP

0 comments:

Post a Comment