Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 7, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal parah di kaki kiri dan kepala selepas dilanggar lari seorang penunggang motosikal ketika membuat sekatan jalan raya di Kampung Kubang Ikan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.50 malam itu, Wan Abdul Aziz Wan Musa, 32, dari Balai Polis Chendering baru hendak membuat sekatan jalan di kampung berkenaan bersama enam anggota lain.

Namun malangnya, sebuah motosikal Yamaha RXZ yang dipandu seorang pemuda dari arah Kampung Kubang Ikan menuju ke Kampung Bukit merempuh sekatan itu hingga terkena mangsa yang tidak sempat mengelak ketika itu.

Wan Abdul Aziz berkata, dia terus tidak sedarkan diri sebaik dirempuh dan hanya sedar ketika berada di atas riba rakan setugas sewaktu diangkat ke dalam ambulans.

Bapa kepada seorang anak yang berasal dari Pekan, Pahang itu berkata, doktor memberitahu terdapat kesan patah di betis kiri dan koyakan di dahi akibat kemalangan itu.

Katanya, dia menerima enam jahitan di dahi manakala kaki kirinya disimen sementara waktu untuk mengurangkan pergerakan pada bahagian yang patah. - myMetro Online

0 comments:

Post a Comment