Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 7, 2014

No Comment

Arsenal kehilangan tonggak utamanya, Theo Walcott untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan selepas pemain itu mengalami kecederaan lutut ACL ketika perlawanan pusingan ketiga Piala FA bertemu Tottenham, Sabtu lalu.

“Selepas mengalami kecederaan ketika Arsenal menewaskan Tottenham 2-0, pihak kelab dengan dukacitanya mengumumkan bahawa Walcott mengalami kecederaan ACL pada lutut kirinya.

“Walcott akan menjalani pembedahan di London dalam masa terdekat dan dijangka terpaksa diketepikan sekurang-kurangnya enam bulan, sekali gus bakal terlepas baki saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dan juga Piala Dunia di Brazil.

“Bagaimanapun pihak kelab mendoakan agar Walcott cepat sembuh dan kami berharap dapat melihat beliau kembali beraksi di padang secepat mungkin,” kata kenyataan di laman web rasmi Arsenal, malam tadi.

Dengan kecederaan terbaru menimpa Walcott itu, skuad kendalian Arsene Wenger kini mengalami masalah di bahagian serangan selepas dua penyerangnya, Olivier Giroud dan Nicklas Bendtner turut sedang mengalami kecederaan.

Arsenal yang kini di tangga teratas liga bakal berdepan Aston Villa di gela

0 comments:

Post a Comment