Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

PASIR PUTEH – Padiberas Nasional Berhad (Bernas) diminta mengkaji semula jadual penyelarasan harga padi RM1,200 setiap tan metrik di Kelantan kerana ia tidak memberi faedah kepada petani yang mengusahakan sawah di luar musim.

Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata penjadualan penyelarasan yang ditetapkan Bernas bermula Mac depan tidak termasuk petani yang terpaksa menjual padi mereka pada Februari ini.

“Sedangkan tanaman padi luar musim di Kelantan bermula Oktober dan musim menuai pula selewat-lewatnya Februari setiap tahun,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zawawi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Semerak, mengulas lebih 1,000 petani yang menanam padi luar musim di daerah Pasir Puteh, terkejut apabila menerima surat kenyataan dari Kompleks Bernas di sini, bahawa penyelarasan harga padi baharu di negeri ini bermula Mac bukan Februari.

Ini bermakna mereka tidak dapat menikmati faedah daripada harga baharu RM1,200 setiap tan metrik berbanding harga lama RM950 setiap tan metrik.

Beliau berkata kebanyakan petani terbabit terpaksa menuai padi bermula awal bulan depan kerana tanaman padi mereka sudah pun menguning dan jika dibiarkan untuk menunggu tuaian pada Mac tanaman mereka akan rosak.

Zawawi juga akan membawa masalah petani itu kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk penyelesaian. – BERNAMA



0 comments:

Post a Comment