DALAM twitter Azmin Ali, beliau menulis dua perkataan – ZAMAN KEGILAAN.
Hanya beliau yang tahu apa yang beliau maksudkan.
Tetapi bukanlah sukar untuk menangkap maksud itu.
Apa tak gilanya…Azmin setengah mati nak jawatan Menteri Besar, sekali bos dia Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh senang-senang ‘sailang’ atau pangkah cita-citanya.
Apa tak gilanya…anak Pulau Pinang dengan mudah sedang meniti jalan mengisi jawatan Menteri Besar seolah-olah anak Selangor tidak ada yang layak dan berkeupayaan untuk menyandang jawatan tersebut.
Apa tak gilanya…Anwar Ibrahim menafikan mengintai jawatan itu tetapi pada masa yang sama mengumumkan untuk bertanding kerusi Adun Kajang.
Apa tak gilanya…’tulang belakang’ PKR iaitu Angkatan Muda Keadilan (AMK) awal-awal lagi menyokong Anwar untuk jadi Menteri Besar Selangor sekaligus memperleceh dan menolak terus keupayaan dan hasrat menggunung tinggi Azmin selama ini.
Kedua-dua pemimpin PKR itu juga sebelum ini sedia maklum tidak sebulu dalam banyak perkara, antaranya apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu mengkritik Abdul Khalid secara terbuka berkenaan kenaikan gaji ahli Exco kerajaan Selangor yang disifatkannya sebagai terlalu tinggi.
Semoga Azmin ‘tidak gila’ dengan Anwar, manusia yang gilakan kuasa dan jawatan…tak dapat tali akar pun berguna, tak dapat jawatan Perdana Menteri, jawatan Menteri Besar pun tak mengapa.
Memang tepat twitter Azmin…zaman ini zaman kegilaan…yang Azmin gila, yang Anwar meroyan!
0 comments:
Post a Comment