Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam keras perletakan jawatan wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana ia mengkhianati amanah rakyat.

Pertubuhan bukan kerajaan tersebut menegaskan tindakan itu sama sekali tidak boleh diterima semata-mata demi kepentingan PKR.

“Bersih 2.0 menegaskan ia tidak munasabah wakil rakyat meletak jawatan demi kepentingan parti politiknya.

Bersih juga membidas PKR kerana mengamalkan politik kotor dengan menerima peletakan Lee tanpa sebarang alasan yang munasabah.

“Politik kotor yang busuk ini perlu ditentang dan dikecam,” kata Bersih 2.0.

Dalam pada itu, Bersih berkata tanggungjawab seorang wakil rakyat adalah memberikan khidmat kepada pengundinya dan bukan semata-mata terhadap parti yang diwakilinya.

“Perletakan jawatan Lee tidak meletak kepentingan rakyat terlebih dahulu”.

Bersih 2.0 juga mengingati supaya ahli politik dan parti politik tidak memanipulasikan mandat yang diberikan kepada mereka oleh rakyat.

Awal hari ini, pengumuman dibuat oleh PKR untuk meletak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (pic) sebagai calon pilihan raya kecil di Kajang selepas perletakan jawatan Lee semalam.

Pengkritik melihat langkah meletak Anwar sebagai usaha meredakan ketegangan antara kem Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

0 comments:

Post a Comment