Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pengguna Touch ‘n Go dan SmartTag di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 20 peratus sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarah pemegang konsesi LPT, ANIH Berhad Ir Wan Razali Wan Muda berkata pemberian diskaun itu akan berkuat kuasa dari 12 tengah malam Jumaat ini (31 Jan) hingga 11.59 malam pada keesokannya (1 Feb).

“Diskaun tol itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pengguna LPT bersempena musim perayaan,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

LPT bermula dari Gombak di Lembah Klang dan berakhir di Jabor, Terengganu.

Sementara itu, Pengurus Besar (Operasi) Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Ong Chee Keong berkata diskaun tol sebanyak 10 peratus akan diberi kepada pengguna semua kelas kenderaan sama ada secara bayaran tunai mahupun elektronik (ETC) di Lebuhraya DUKE.

Katanya diskaun itu akan dilaksana mulai 12.01 pagi pada hari Jumaat hingga 12 malam pada hari yang sama.

“Diskaun kadar tol yang diberikan ini adalah sebagai satu tanggungjawab khidmat korporat syarikat konsesi kepada semua pengguna Lebuhraya DUKE, di samping diskaun yang telah diberikan kepada semua pengguna pada musim perayaan yang terdahulu,” katanya.

Dalam pada itu, Ong berkata pihak Lebuhraya DUKE juga kini turut giat mempertingkat kemudahan lorong di Plaza Tol Sentul Pasar dan antara kerja
naik taraf dalam proses akhir adalah kemudahan lorong tambah nilai dan juga lorong mod campuran berlapis di plaza tol berkenaan.

Di samping itu, Ong berkata pengguna kerap lebuh raya itu juga berpeluang memiliki kad Touch ‘n Go edisi terhad Doraemon pada kadar RM10 dengan tambah nilai RM4 untuk setiap kad selagi stok masih ada. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment