Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

DUNGUN – Sebuah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) negeri Terengganu melibatkan peruntukan kira-kira RM10 juta sedang dibangunkan di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Pengerusi Jawatankausa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Roslee Daud berkata projek kerajaan Persekutuan melalui Ketengah itu menggunakan konsep Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan, yang dijangka beroperasi pertengahan tahun ini.

“RTC ini nanti akan menempatkan pelbagai agensi kerajaan yang dapat memberi pelbagai perkhidmatan efektif kepada penduduk tanpa bersusah payah ke bandar-bandar seperti sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Anugerah Desa Cemerlang (ADC) dan Penyampaian bantuan Program Peningkatan Pendapatan Penduduk wilayah Ketengah di sini hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Razali Adis.

Roslee berkata pembinaan RTC adalah selaras dengan misi kerajaan dan akan menjadi nukleus kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program oleh kementerian bagi membangunkan penduduk luar bandar.

Katanya selain itu, sebuah pasar komuniti dan usahawan juga akan dibina di wilayah itu bagi memberi perkhidmatan kepada penduduk setempat yang menjadi pusat pengumpulan daging, ayam, ikan dan sayur-sayuran serta produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan.

Beliau berkata pusat pengumpulan itu nanti akan menjadi satu hab perniagaan penting yang dapat memberi keselesaan dan kemudahan untuk transaksi bahan-bahan mentah, sayur segar serta produk IKS kepada penduduk Ketengah.

“Apa yang penting ia akan membuka peluang perniagaan yang cukup besar kepada penduduk wilayah Ketengah di mana ia beroperasi seperti sebuah pasar borong yang mengumpul pengeluar, pemborong serta pembeli pada satu masa,” katanya.

Pada majlis itu Gerakan Desa Wawasan Kampung Tok Dor memenangi tempat pertama ADC dengan kemenangan wang tunai RM5,000 serta RM50,000 untuk projek ekonomi. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment