Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 7, 2014

No Comment

Nampaknya ura-ura yang mengatakan bahawa Sony mungkin akan melancarkan variasi kecil bagi Xperia Z1 adalah benar. Namun, peranti ini tidak akan diberi nama Z1 Mini atau Z1f, sebaliknya, Sony telah berkeputusan untuk menggelar peranti ini sebagai Xperia Z1 kompak.

Seperti yang telah kita dengari daripada khabar angin selama ini, Z1 kompak menampilkan hampir kesemua ciri yang terdapat pada Z1 asal seperti pemproses Snapdragon 800, kamera 20MP, rekaan kalis air dan habuk. Perbezaannya hanyalah saiz skrin di mana Z1 kompak direka pada saiz 4.3″ dan lengkap dengan lebih banyak pilihan warna.

Perbezaan yang dapat dilihat pada versi 4.3″ Z1 adalah resolusi paparan skrin, peranti terbaru ini menggunakan paparan 720p dengan 340ppi berbanding paparan 1080p pada Z1 asal.

Kapasiti bateri juga adalah lebih kecil, 2300mAh. Namun, dengan saiz skin yang lebih kecil, mungkin peranti ini mampu bertahan lebih lama berbanding dengan Z1 asal.

Spesifikasi lain termasuk sistem Android 4.3, NFC, memori 16GB boleh ditambah dan warna hitam, putih, kuning dan merah jambu.

Sony masih belum menyatakan harga bagi telefon pintar ini dan berkata bahawa Z1 kompak akan mula dijual pada pertengahan bulan Februari.

Sumber: Lowyat

0 comments:

Post a Comment