Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 7, 2014

No Comment

Syarikat gergasi Intel sedar bahawa teknologi mudah alih hanya akan berjaya jika pengguna kelihatan menarik apabila mereka menggunakannya.

Untuk menjayakan tujuan tersebut, mereka telah berkeputusan untuk mewujudkan usaha kerjasama bersama industri fesyen.

Dengan kerjasama daripada syarikat fesyen, Opening Ceremony, bagi projek gelang pintar yang akan dijual oleh Barneys New York, Intel masih belum mengumumkan ciri yang terdapat pada gelang tersebut, tetapi menurut Barneys, pengguna boleh menjangkakan “kecantikan” pada peranti yang bakal mereka hasilkan.

Bukan itu sahaja, Intel juga bakal mengadakan kerjasama bersama Kumpulan Pereka Fesyen Amerika bagi tujuan untuk merapatkan hubungan antara teknologi dan fesyen.

Tidak seperti peranti mudah alilh lain, Intel tidak mengumumkan tarikh pelancaran bagi “gelang fesyen” mereka.

Sumber: Engadget

0 comments:

Post a Comment