Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 7, 2014

No Comment


KUALA LUMPUR – Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook meminta kerajaan Pusat membuat pindaan terhadap tatacara kewangan kerajaan dengan mengasingkan semua hasil cukai perjudian dalam satu akaun khas.

Beliau mendakwa, langkah tersebut bagi menjaga sensitiviti rakyat Malaysia beragama Islam kerana hasil cukai perjudian atau “Sin tax” itu tidak wajar digunakan ke atas umat Islam.

“Semua hasil cukai perjudian dalam akaun khas itu hanya disalurkan untuk perbelanjaan tertentu sahaja yang tidak melibatkan umat Islam.

“Hasil daripada cukai perjudian ini sepatutnya disalurkan untuk masyarakat bukan Islam seperti sekolah vernakular, badan kebudayaan dan sosial,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Siew Fook yang juga Ahli Parlimen Seremban seterusnya mendakwa, beliau membuat saranan itu kerana kerajaan Pusat meluluskan tambahan permit perjudian kepada syarikat-syarikat nombor ramalan (NFO) bagi tahun 2014.

Beliau mendakwa, kerajaan Pusat meluluskan sebanyak 22 permit cabutan khas kepada setiap syarikat NFO di Semenanjung Malaysia iaitu Magnum, Damacai dan Sports Toto.

“Ini melibatkan 22 hari Selasa sepanjang tahun 2014 di mana ketiga-tiga syarikat perjudian ini akan mengadakan cabutan khas. Ini bermaksud terdapat tambahan sebanyak 66 kali cabutan nombor ekor untuk diperjudikan di Semenanjung Malaysia untuk tahun ini sahaja.

“Untuk Sabah dan Sarawak, jumlah cabutan adalah lebih banyak kerana terdapat tiga lagi syarikat perjudian NFO yang hanya beroperasi di Sabah dan Sarawak,” dakwanya.

Beliau turut mendakwa, pemberian permit cabutan khas akan menggalakkan rakyat supaya berjudi dan boleh meningkatkan kes ah long.

0 comments:

Post a Comment