ALOR SETAR – Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini atas tuduhan membunuh seorang daripada tiga beradik perempuan, tahun lalu.
Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mohd Khairul Mohd Hafizuddin Ramli, tertuduh, Mohd Firdaus Mohd Faridul, 19, hanya mengangguk tanda faham.
Bagaimanapun, mahkamah tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada tertuduh.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, di Kampung Alor Senibong, Mukin Tajar, di sini,
Bagi pertuduhan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah juga tidak menawarkan sebarang ikat jamin. – BH Online
0 comments:
Post a Comment