Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

SKUAD Tok Gajah pastinya tidak rela berputih mata untuk mengumpul tiga mata apabila beraksi menentang musuh tradisi, Selangor pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Pahang petang ini.

Selepas tewas tipis, 0-1 di tangan Sime Darby di Stadium Selayang, Sabtu lalu, skuad kendalian Ronald Smith itu akan beraksi buat kali ketiga di gelanggang lawan musim ini.

Walaupun tuan rumah turut mengidam tiga mata sama, kapten pasukan, Mohd Razman Roslan tidak mahu nasib pasukan itu tunduk di tangan Selangor dalam perlawanan tersebut.

Menurutnya, kemenangan adalah misi penting pasukan itu kerana Pahang tidak mahu jurang terlalu besar dengan pendahulu liga selepas hanya mengumpul tiga mata setakat ini.

“Esok (petang ini), saya dan rakan sepasukan sudah melupakan kekalahan mengejut ke atas Sime Darby dan mahu bertemu Selangor akan memastikan tiga mata berharga.

“Kami tidak mahu melepaskan tiga mata kepada tuan rumah walaupun Selangor diakui bukan mudah untuk menewaskan mereka terutama beraksi di gelanggang lawan,” katanya semalam.

Menurutnya, dia sedar kekalahan di tangan Sime Darby FC lalu memberikan pengajaran terbaik buat rakan sepasukan dan seterusnya kembali bangkit untuk mempamerkan aksi lebih meyakinkan dan memanfaatkan peluang yang ada dalam perlawanan itu nanti.

Razman memberitahu, walaupun penyerang pasukan itu, Dickson Nwakaeme dan pemain tengah, R Surendran masih belum dapat turun beraksi kerana masalah kecederaan, situasi itu tidak akan mengganggu misi pasukan meraih tiga mata.

“Saya percaya pemain akan mempamerkan prestasi terbaik bukan sahaja pada bahagian pertahanan, malah serangan dan tengah dapat melakukan asakan ke kubu lawan.

Dalam pada itu, Razman berharap Pahang dapat merangkul kejayaan dalam perlawanan ketiga pasukan itu bagi mengelakkan keciciran mata. – Sinar harian Online

0 comments:

Post a Comment