Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

Pada zaman sekarang, kebolehan mengendalikan media sosial sangat penting.

Tak hairanlah banyak pak menteri yang tidak ketinggalan membuka dan aktif di media sosial milik mereka termasuk Facebook, Twitter dan Instagram bagi melontarkan pandangan, berkongsi aktiviti dan sebagainya.

Salah seorangnya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Bagaimanapun adatlah apabila baru berjinak-jinak dengan laman sosial, tidak pelik apabila berlaku sedikit kesilapan


Namun disebabkan status sebagai menteri membuat Dr Rais mempunyai banyak pengikut (melebihi 55,000), maka ramailah yang memberi respon apabila beliau tersilap memuatnaik tweet yang ditujukan pada dirinya sendiri, 25 Januari lalu.



Kemungkinan besar, Dr Rais mahu mengirim Tweet kepada seorang rakan namun tersilap menaip ‘Twitter handle’ miliknya sendiri.

Begitu pun beliau dilihat tidak mengendahkan Tweet teguran tersebut malah meneruskan aktiviti di Twitter seperti biasa termasuk memuatnaik status-status penuh ‘typo’.




Tak apalah, menteri pun manusia biasa juga kan?

Mungkin bagi Dr Rais, paling penting semua pengikut Twitter beliau faham apa yang hendak beliau kongsikan sudahlah

0 comments:

Post a Comment