Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti (SC) mempelawa individu yang layak untuk memohon menjadi Felo Pelawat di Pusat Pengajian Islam Oxford di bawah Program Sarjana Tamu dalam Kewangan Islam bagi tahun akademik bermula Oktober ini.

SC dalam satu kenyataan media memberitahu, Program Sarjana Tamu merupakan inisiatif bersama di antara SC dan Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) berikutan perbincangan Sidang Meja Bulat tahunan SC-OCIS pada tahun 2010.

“Calon yang berjaya akan menjadi Felo Pelawat selama setahun dan dikehendaki menjalankan penyelidikan ke atas satu topik yang berkaitan dengan pembangunan kewangan Islam kontemporari yang relevan dengan bidang tersebut.

“Individu terpilih perlu juga menyertai pelbagai aktiviti akademik di OCIS, diberikan keahlian pusat pengajian dan mempunyai akses sepenuhnya terhadap kemudahannya termasuk ruang pejabat secara berkongsi.

“Geran sebagai 10,000 pound sterling akan diberikan untuk sara hidup, perjalanan dan perbelanjaan penyelidikan Felo Pelawat,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Program Sarjana Tamu hasil daripada Persidangan Meja Bulat pada tahun 2011 yang memutuskan supaya satu inisiatif dibuat bagi menjalankan penyelidikan ke atas isu kontemporari dalam kewangan Islam.

Kata kenyataan itu, Felo Pelawat pertama di bawah program tersebut ialah Dr Amir Shaharuddin dari Universiti Sains Islam Malaysia dengan penyelidikannya bertajuk `Pengharmonian Peraturan Syariah dalam Kewangan Islam: Isu, Cara dan Cabaran’.

Manakala, Felo Pelawat kedua ialah Dr Valentino Cattelan dari University of Rome Tor Vergata yang menjalankan penyelidikan bertajuk “Melaksanakan Perintah Allah Dalam Ekonomi Pasaran: Undang-undang kontrak Islam, fikah, dan undang-undang kewangan Islam.

Justeru, mereka yang layak untuk menjadi Felo Pelawat pada kali ini diminta menghantar emel permohonan kepada Gordon.Brown@oxcis.ac.uk pada 16 Mac 2014.

“Maklumat lanjut mengenai Program Sarjana Tamu boleh didapati di seksyen Felo (Fellowship section) di laman sesawang OCIS di www.oxcis.ac.uk, yang mana butiran lanjut boleh dimuat turun,” tambah kenyataan itu. 

0 comments:

Post a Comment