Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – PAS menganggap kematian tokoh gerakan Islam dari Iraq, Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan semalam sebagai satu kehilangan yang besar buat umat Islam di seluruh dunia.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, Abdul Karim yang merupakan bekas Penasihat Umum Ikhwan Muslimin di Iraq seorang tokoh ulama dan pemikir Islam yang agung.

“Janazahnya dikebumikan di San’a, Yaman iaitu `bumi’ terakhir menjadi tempat beliau bernaung selepas terpaksa keluar meninggalkan bumi kelahiran beliau iaitu Iraq.

“Dewan Ulama PAS Pusat mengucapkan takziah atas pemergian beliau kepada seluruh umat Islam khususnya keluarga almarhum, anak-anak muridnya dan warga Univesiti Iman di San’a,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Khairuddin berkata, Abdul Karim dilahirkan di Baghdad pada tahun 1921 dan mempunyai kelulusan Ijazah Pertama dari Fakulti Undang-undang Univ Baghdad, Master dan Phd Pengajian Islam Universiti Kaherah tahun 1962.

Beliau merupakan bekas Mursyidul Am Iraq dan pengasas Fakulti Pengajian Islam di hujung tahun 60an yang berjaya melahirkan ramai graduan tetapi ditutup oleh Parti Sosialis Iraq dan beliau turut dikenakan tahanan rumah.

Abdul Karim terus ditekan sebagai seorang tokoh ulama sehingga akhirnya terpaksa berhijrah meninggalkan Iraq pada awal 90-an.

“Beliau pernah menjawat jawatan Profesor Undang-undang Islam dan Ketua Jabatan Syariah, Fakulti Undang-undang, Univ Baghdad dan Dekan Fakulti Syariah Universiti Baghdad.

“Antara karya beliau yang terkenal ialah ensiklopedia Hukum-hakam berkaitan Wanita dan Keluarga Muslim sebanyak 11 juzuk yang mendapat Anugerah Antarabangsa Raja Malik Faisal pada tahun 1997 M/1417 H,” katanya

0 comments:

Post a Comment