Masih lagi terasa kehangatan majlis perkahwinan gah pasangan pelakon popular, Rozita Che Wan dan Zain Saidin.
Tup-tup dah sebulan lebih mereka mendirikan rumah tangga pada 11 Disember lalu. Cepat sungguh masa berlalu.
Selepas berbulan madu di sekitar negara Eropah, kali ini mereka memilih destinasi romantik di Bali, Indonesia untuk bulan madu kedua yang turut ditemani oleh rakan perunding perkahwinan mereka iaitu pereka fesyen Man Kajang.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan dapat dilihat kegembiraan dan keceriaan yang jelas terpancar di wajah mereka.
Yang menariknya, sepanjang berada di sana, Che Ta bergaya tak ubah seperti anak dara walaupun di kala usianya sudah mencecah 40-an.
Beruntung Zain!
Jom layan dulu gambar-gambar percutian honeymoon mereka ya!
0 comments:
Post a Comment