KUALA LUMPUR – GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, yang menguruskan rantaian pasar raya besar Giant bakal mengembangkan perniagaannya dengan pembukaan tiga lagi cawangan tahun ini, kata Pengarah Pemasarannya Ruben Brusch.
Ketika ini terdapat 128 cawangan Giant, separuh daripadanya ialah pasar raya besar dan selebihnya pasar raya.
“Cawangan pertama yang akan dibuka pada separuh pertama tahun ini terletak di Seremban, manakala dua lagi, di Setapak dan Kampar, akan dibuka pada separuh kedua tahun ini.
“Selain itu, kami juga akan berbelanja dengan cekap untuk mengubah suai 50 daripada cawangan sedia ada kami di seluruh negara,” katanya sambil menambah sebagai pengendali kos rendah, syarikat itu mahu menguruskan perniagaan dengan cekap bagi membolehkan ia dapat menyalurkan penjimatan kepada pengguna.
GCH Retail merupakan cabang tempatan Dairy Farm International Holdings Ltd yang berpangkalan di Hong Kong dan memiliki operasi tempatan Giant, Cold Storage, Mercato dan Jasons Food Hall. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment