PYONGYANG – Saudara-mara terdekat bapa saudara pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un telah dibunuh atas arahannya.
Media Korea Selatan melaporkan bahawa anak-anak Jang Song-thaek, adik-beradik dan beberapa cucu telah dihukum mati.
Song-thaek, 67, dibunuh pada bulan lalu selepas beliau didakwa berkomplot untuk menjatuhkan rejim komunis pimpinan Jong-un.
Beberapa sumber memberitahu agensi berita Yonhap bahawa setakat ini masih tidak jelas bila pembunuhan beramai-ramai itu berlaku.
Namun, kesemua mereka dihapuskan selepas kematian Song-thaek pada 12 Disember lalu.
“Beberapa saudara-mara Song-thaek ditembak mati menggunakan pistol di hadapan orang lain ketikameronta semasa diseret keluar dari kediaman mereka,” kata sumber kepada Yonhap.
Antara yang dibunuh termasuk saudara perempuan Song-thaek, Jang Kye-sun dan suaminya yang juga Duta ke Cuba beserta anak saudara Song-Thaek, Jang Yong-chol bersama dua anak lelakinya.
Yong-chol pernah menjadi Duta ke Malaysia.
Korea Utara sebelum ini mengejutkan dunia berhubung pengumuman pembunuhan Song-thaek yang dilihat sebagai penaung Jong-Un.
Kematiannya merupakan perubahan politik terbesar yang berlaku di Korea Utara sejak Jong-un, 30, mengambil alih tampok pemerintahan daripada bapanya, mendiang Kim Jong-il. – Agensi
0 comments:
Post a Comment