SHAH ALAM – Kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang (N25) akan tetap menjadi kerusi MCA pada pilihan raya kecil nanti.
Pengerusi MCA Selangor, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata ia selaras dengan semangat Barisan Nasional (BN) kerana calon MCA bertanding di kerusi itu sejak dulu lagi.
Katanya, MCA akan mengadakan perbincangan mengenai calon yang akan diletakkan sebelum mencadangkan pilihan mereka kepada parti komponen lain, selepas Suruhanjaya Pilihan Raya membuat pengumuman tarikh pilihan raya kecil, nanti. – BH Online
0 comments:
Post a Comment