Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Polis Perak hari ini menafikan laporan berita beberapa laman web yang mendakwa 250 anggota polis dari negeri itu dihantar ke Pulau Pinang berikutan insiden melontar ‘molotov cocktail’ di perkarangan gereja di Lebuh Farquhar, George Town semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dalam laman Facebook Polis Perak berkata tiada anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh mahupun Ibu Pejabat Kontinjen Perak akan ke Pulau Pinang bagi apa-apa tujuan.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, suspek yang menunggang sebuah motosikal melempar botol berisi bahan letupan itu dari luar pagar gereja berkenaan sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dilaporkan berkata polis mengambil keterangan daripada penjaga gereja yang menyaksikan kejadian itu dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata kementeriannya sedia bekerjasama dengan polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menyelaras segala tindakan berhubung insiden itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment