Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kaiat tidak mempedulikan bantahan Angkatan Muda Keadilan (AMK), sebaliknya terus lantang mengkritik Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan pergolakkan dalaman yang menghantui parti itu sejak beberapa minggu lalu.

Beliau sekali mengulangi kritikannya terhadap PKR hari ini kerana bimbang pergolakan dalaman teruk yang sedang melanda parti itu bakal memberi kesan negatif kepada pakatan pembangkang di Selangor yang turut dianggotai PAS dan DAP.

“Perbalahan berterusan dan politiking dalaman (PKR) yang berlaku hanya akan merugikan rakyat dan bakal memberi kesan buruk kepada kesinambungan kerajaan Selangor yang diterajui pakatan.

“DPPM dengan ini mendesak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat segera mencapai konsensus bagi menyelesaikan masalah yang berlaku di Selangor ini demi kestabilan kerajaan dan juga kesejahteraan rakyat,” tegasnya melalui satu kenyataan hari ini.

Suhaizan seterusnya menegaskan, pakatan pembangkang di Selangor perlu terus memberi fokus terhadap agenda membela kebajikan rakyat negeri itu pada waktu rakyat terbeban dengan masalah kenaikan kos sara hidup dan bukan sibuk

“Kerajaan Selangor harus dibina dan berjalan atas semangat musyawwarah dan persefahaman yang jitu,” tegasnya lagi.

SiakapKeli sebelum ini menyiarkan kenyataan Suhaizan yang melahirkan rasa kesal berikutan pergolakan politik yang berlaku dalam PKR membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Menurut Suhaizan, pertelagahan yang melanda antara kedua-dua tokoh pembangkang tersebut tidak memberi sebarang kebaikan buat pakatan pembangkang sebaliknya memberi gambaran imej politik yang negatif kepada orang ramai terutama di Selangor.

Pertelagahan itu dipercayai berpunca daripada hasrat Azmin mahu menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid kerana sering membuat keputusan mengenai pentadbiran kerajaan negeri yang tidak selari dengan keinginan kepimpinan PKR.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Suhaizan membuat kenyataan balas melalui sebuah akhbar dengan menyifatkan teguran Suhaizan itu dibuat secara terburu-buru dan langsung tidak membantu PKR.

Konflik dalaman PKR bertambah buruk apabila ADUN Kajang daripada parti PKR, Lee Chin Cheh secara tiba-tiba mengumumkan meletak jawatan semalam.

Tindakan beliau dipercayai bagi memberi ruang kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya kecil nanti bagi membolehkan Anwar mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Abdul Khalid.

0 comments:

Post a Comment