Menurut laporan dari sebuah akhbar Jepun, Nikkei, Nintendo bakal mengumumkan rancangannya untuk menghasilkan permainan yang boleh digunakan daripada platform telefon pintar (pesaing besar mereka).
Pengguna mungkin tidak akan mendapat pengalaman penuh berbanding penggunaan platform Nintendo sendiri, namun peminat mungkin akan dihidangkan dengan permainan-mini secara percuma, berkemungkinan besar hanya untuk sementara waktu sahaja.
Laporan tersebut turut menyatakan bahawa Nintendo mungkin tidak akan mengenakan caj bagi aplikasi permainan untuk telefon pintar, dengan harapan supaya, melalui permainan percuma terhad yang mereka lancarkan, akan menarik perhatian peminat supaya membeli versi penuh permainan tersebut, dengan menggunakan peranti Nintendo dan bukannya melalui telefon pintar mereka.
CEO Nintendo, Satoru Iwata pernah membuat kenyataan bahawa syarikat tersebut perlu mengambil langkah positif terhadap platform telefon pintar. Nintendo masih belum mengesahkan atau menafikan laporan ini.
Nikkei turut menyatakan bahawa Nintendo mungkin akan mengumumkan perkara tersebut pada hujung minggu ini.
0 comments:
Post a Comment