Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 5 Februari ini berhubung kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor yang kosong selepas penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh meletak jawatan semalam.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, mesyuarat khas tersebut akan diadakan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

“SPR telah menerima makluman rasmi daripada Speaker Undangan Negeri Selangor pada 28 Januari 2004 pada pukul 12.05 tengahari berhubung peletakkan jawatan ADUN Kajang.

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan kedudukan kerusi DUN N.25 Kajang pada 5 Februari ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan akan bertanding kerusi tersebut.

Pengumuman itu mengesahkan cakap-cakap penarikan diri Chin Cheh itu bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor dalam usaha menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pencalonan Anwar itu diumumkan dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR

0 comments:

Post a Comment