Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan menganggap Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan kepada rakyat wajar dihargai oleh semua pihak.

Naib Ketuanya, Mohd. Farkhan Md. Zain berkata, meskipun pemberian BR1M bukan jalan penyelesaian yang tepat untuk membantu orang ramai berhadapan peningkatan kos hidup, namun bantuan tersebut sewajarnya dihargai.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan melanjutkan tempoh pendaftaran BR1M yang dijadual berakir pada 31 Januari ini memandangkan terdapat lebih 70 peratus daripada 900,000 pemohon baharu belum berbuat demikian.

“Cadangan ini juga mengambil kira kemungkinan kesukaran pemohon yang terlibat dengan bencana banjir dan perubahan syarat yang belum diketahui oleh mereka yang berpendapatan antara RM 3,000 hingga RM 4,000 sebulan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Farkhan dalam pada itu berharap kerajaan dapat memberi BR1M secara berperingkat kepada mereka yang telah mendaftar bermula Februari 2014 untuk meringankan beban kewangan berikutan kenaikan kos sara hidup.

Beliau turut meminta kerajaan menyemak semula paras garis kemiskinan bandar dan luar bandar dengan mengambil kira keadaan sosio ekonomi semasa.

Ia berikutan langkah kerajaan yang melaksanakan rasionalisasi subsidi secara berperingkat smengecilkan pendapatan boleh guna isi rumah bermula pada tahun ini.

“Sekiranya paras garis kemiskinan ini dianjakkan maka kerajaan pusat, kerajaan negeri dan institusi zakat dapat mengunjurkan sasaran baharu penerima bantuan yang layak disamping dapat membantu golongan yang benar-benar memerlukan,” dakwanya.

Sebagai contoh, kata beliau, kerajaan Selangor telah menetapkan paras baharu para kemiskinan iaitu sehingga RM1,500.

“Dengan menggunakan paras ini, dianggarkan 30 peratus rakyat Selangor hidup dibawah garis kemiskinan berbanding 0.7 peratus menurut ukuran lama,” dakwanya.

0 comments:

Post a Comment