Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 8, 2014

No Comment

Seorang lelaki didapati menjalankan kerja menipu sekitar bandar Seremban dengan menjaja cerita kononnya dia adalah wakil Media Prima yang sedang mencari pelakon tambahan.

Antara yang menjadi mangsa adalah tiga gadis dari Rantau, Negeri Sembilan pada 6 Januari lalu di Terminal 1, Seremban.

Mereka telah memberikan barangan berharga milik mereka kepada lelaki ini termasuk dompet dan telefon bimbit selepas lelaki tersebut memintanya untuk disimpan bagi memudahkan kerja penggambaran.

Namun sejurus kemudian, mereka sedar telah ditipu apabila lelaki tersebut terus hilang bersama barangan mereka.

Lelaki tersebut juga dikatakan menggula-gulakan mangsanya dengan menawarkan imbuhan telefon bimbit iPhone dan bayaran RM50 sejam untuk menjadi pelakon selain menggunakan nama pelakon popular.

Buat para remaja terutama anak gadis di luar sana, janganlah mudah sangat percaya pada orang ok. Zaman sekarang macam-macam cara orang nak menipu dik oi!

- REM RAMZI


Sumber: Facebook Persatuan Belia Dinamik Barat

0 comments:

Post a Comment