Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 8, 2014

No Comment

BAYANGKAN anda sedang bekerja di dalam pejabat dan secara tiba-tiba, anda ditimpa ‘hujan’ yang turun dari siling.

Lebih sadis, ia bukan sebarang hujan, sebaliknya ‘hujan najis’!

Itulah yang berlaku di pejabat Arc Worldwide yang terletak di tingkap 15 bangunan pencakar langit Leo Burnett, Chicago semalam.

Keadaan itu telah dirakam oleh seorang pengarah pengiklanan syarikat, Kasey Moore yang kemudiannya memuatnaik video tersebut di laman Instagram.

Ia menunjukkan limpahan air berwarna coklat membasahi ruang pejabat akibat paip pecah dan pekerja cuba keluar dari tempat itu.



Video itu turut disertakan dengan ayat yang berbunyi:

“Jadi, inilah yang berlaku di pejabat saya. Letusan najis.”

Bagaimanapun, jurucakap rasmi bangunan itu menafikan bahawa limpahan yang disifatkan sebagai ‘air busuk’ itu mengandungi najis manusia, sebaliknya hanyalah habuk yang bercampur dengan air.

Setakat ini, masih belum ada penjelasan mengenai punca yang menyebabkan paip tersebut pecah.

0 comments:

Post a Comment