Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 3, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap insiden Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban di premis Persatuan Bible Malaysia di Petaling Jaya, Selangor semalam satu perangkap untuk memusnahkan tolaransi agama di negara ini.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PKR, Dr. Muhammad NurManuty berharap konflik yang timbul antara JAIS dengan Persatuan Bible Malaysia disebabkan insiden itu dapat diselesaikan dengan segera dalam suasana harmoni, adil dan jujur untuk mengelak semua pihak di negara ini terjerat dengan perangkap berkenaan.

“PKR berharap semua pihak terlibat tidak terperangkap dengan agenda musuh yang mahu melihat hidup aman dan tolaransi beragama menjadi musnah. Masyarakat berbilang agama di Malaysia selama ini telah berjaya membina suasana harmoni, saling hormat menghormati dan bertolak ansur.

“Ketegangan hidup beragama bertentangan dengan prinsip beragama, Perlembagaan Negara dan amalan demokrasi di negara ini. ,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Muhammad juga mendakwa, konflik dan ketegangan yang melanda itu sekadar memperlihatkan perhubungan dan persefahaman rakyat Malaysia pelbagai etnik dan agama sebenarnya masih berada ditahap meresahkan dan membimbangkan.

Menurutnya, pendekatan berhikmah dalam menangani isu keagamaan adalah cara terbaik bagi mengelakkan ketegangan antara penganut agama Islam dan Kristian itu daripada berterusan.

Malah, katanya, PKR bersedia menjadi orang tengah dalam mempertemukan semua pihak yang terlibat dalam insiden rampasan bible tersebut untuk bersama dalam satu meja perundingan kerana pendekatan tersebut termaktub di dalam al-Quran.

Sehubungan itu, beliau berharap dialog dan perundingan antara JAIS dan wakil agama Kritstian yang bakal dianjurkan nanti akan dapat menyuburkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan budaya dialog antara masyarakat majmuk.

Ia juga diharap dapat menjadi platform untuk kedua-dua pihak saling mengenali untuk manfaat masyarakat pelbagai agama serta mengumpul pandangan secara objektif berkaitan keresahan dan kebimbangan sebenar masyarakat pelbagai agama untuk bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

0 comments:

Post a Comment